Isu Pembangunan Tanah Wakaf (RMK-9)

1
Jil. 53 No. 10
NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
7hb Mei 2009
No. 231.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [
En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan
telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam
Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL
A. Status Bangunan Yang Telah Siap Dibina Di Atas Tanah Wakaf

2
(i) Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi wakaf secara automatik. Sekiranya
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji bagi pihak Kerajaan Persekutuan ingin mewakafkannya, ia tidak menjadi
halangan.
(ii) Bangunan tersebut perlu didaftarkan sebagai harta wakaf yang baru dan perlu memenuhi rukun-rukun
wakaf dan enakmen negeri-negeri.
B. Pembangunan Menggunakan Dana Program Pembangunan Harta Wakaf Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Di Atas Tanah Baitulmal Milik Majlis Agama Islam Negeri
(i) Tanah Baitulmal milik Majlis Agama Islam Negeri dan bangunan yang dibina di atas tanah tersebut yang
menggunakan dana Program Pembangunan Harta Wakaf Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) boleh
didaftarkan sebagai harta wakaf.
(ii) Untuk memenuhi dan mematuhi peraturan syariah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji hendaklah merujuk
kepada syarat-syarat wakaf yang sedia ada.
C. Pemajakan Tanah Wakaf Kepada Pesuruhjaya TanahPersekutuan Tanah wakaf boleh dipajak tetapi tidak boleh dijual.
D. Penjualan Pajakan Unit Kedai/Kediaman/Ruang Pejabat Yang Telah Dibangunkan Di Atas Tanah Wakaf
(i) Unit-unit kediaman atau kedai yang dibina di atas tanah wakaf boleh dipajak kepada individu bagi tempoh jangka panjang.
(ii) Syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi supaya menepati keperluan syara’ adalah berdasarkan akad pajakan (sewaan).

3
E. Status Kerajaan Persekutuan Dalam Pembangunan Tanah Wakaf
(i) Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai pewakaf dengan syarat peruntukan yang disediakan untuk membangunkan tanah wakaf diniat untuk wakaf.
(ii) Sebagai pewakaf, kerajaan berhak menentukan syaratsyarat harta yang diwakafkan. Sungguhpun begitu, pelantikan nazir tidak dibenarkan kerana bercanggah dengan enakmen sedia ada.
F. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Sebagai “Pemegang Amanah Dana Program Pembangunan Harta Wakaf Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji boleh menjadi pemegang
amanah dana Program Pembangunan Harta Wakaf Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) melalui Entiti Wakaf Kebangsaan yang akan ditubuhkan menerusi usahasama ekonomi dengan Majlis Agama Islam Negeri dengan syarat mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak di antara Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.
G. Wakaf Wang dan Haji Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
H. Pengecualian Atau Remitan Cukai Tanah Terhadap Harta Wakaf Harta wakaf wajar mendapat pengecualian daripada cukai.

Bertarikh 3 April 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/03/01(11);
PUNM. 700-02/37]
DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengarah/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan