Fatwa Mengenai “Pegawai Perhubungan Pelanggan ( GRO )”

Fatwa:
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36 (1) dan (2), Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Pulau Pinang Tahun 1993, Mufti bagi Negeri Pulau Pinang membuat fatwa seperti
yang dinyatakan dalam jadual.
1. Bahawa bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan ( GRO ) adalah haram dan berdosa.
2. Bagi maksud fatwa ini, mana-mana wanita Islam adalah dilarang menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan ( GRO ) di kelab-kelab malam, rumah urut, disko bar, pub, dan sebagainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancaman seperti berikut:
i. Pekerjaan tersebut melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh hukum syarak.
ii. Mendedahkan aurat.
iii. Pergaulan bebas antara bukan mahram. ( Rujuk Lampiran 20 )

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan