Fatwa Mengenai “Peraduan Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) Berbentuk Judi”

Fatwa:
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36 (1) dan (2), Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Pulau Pinang Tahun 1993, Mufti bagi Negeri Pulau Pinang membuat fatwa seperti
yang dinyatakan dalam jadual.
1. Bahawa mana-mana orang Islam yang menyertai atau menganjurkan sebarang peraduan melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) adalah haram dan berdosa.
2. Bagi maksud fatwa ini, bahawa peraduan yang dijalankan tersebut adalah tidak jelas dan mempunyai unsur-unsur perjudian yang bercanggah dengah hukum syarak. ( Rujuk Lampiran 19 )

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan