Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi

Fatwa Negeri
Negeri Sembilan
Status Fatwa
Tidak Diwartakan
Jumlah Pembaca
84
Tarikh Isu

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2015-1436H yang bersidang pada 30 September 2015 bersamaan 16 Zulhijjah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-79 berkenaan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi dengan sighah seperti berikut :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi tanpa berlapik adalah haram.

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan