Penukaran Nama Daripada Bukan Islam Kepada Islam

Fatwa Negeri
Negeri Sembilan
Status Fatwa
Tidak Diwartakan
Jumlah Pembaca
147
Tarikh Isu

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2015-1436H yang bersidang pada 26 Ogos 2015 bersamaan 11 Dzulqa’dah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-23 berkenaan Penukaran Nama Daripada Bukan Islam Kepada Islam dengan sighah seperti berikut :

Dibolehkan untuk mengekalkan nama asal yang mempunyai pengertian yang baik.

Walau bagaimanapun, adalah menjadi satu keperluan untuk meletakkan nama Islam.

Pertukaran nama perlu dilakukan sekiranya nama tersebut mempunyai pengertian yang tidak baik.

Tiada halangan saudara baru untuk meletakkan nama bapanya atau boleh dibin/dibintikan dengan nama Abdullah atau tidak dibin/dibintikan dengan apa-apa nama.

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan