Fatwa Mengenai “Anak Tak Sah Taraf”

Fatwa:
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36 (1) dan (2), Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Pulau Pinang Tahun 1993, Mufti bagi Negeri Pulau Pinang membuat fatwa seperti
yang dinyatakan dalam jadual.
1. Anak Tak Sah Taraf ialah:
a. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan
syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
b. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah ( saat ) mengikut takwim qamariah daripada tarikh
tamkin ( setubuh ).
2. Anak tak sah taraf sama ada diikuti dengan perkahwinan pasangan itu atau tidak hendaklah dibinkan atau dibintikan kepada “Abdullah”.
3. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, tidak boleh pusaka mempusakai dan tidak menjadi mahram antara keduannya.
4. Lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tak sah taraf atau yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut tidak boleh menjadi wali kepada anak tersebut.
( Rujuk Lampiran 16 )
( Warta pada Oktober 2006 )

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan