Hukum Menggabungkan Nama Anak Angkat Dengan Bapa Angkat Dalam Sijil Pengangkatan Dan Kad Pengenalan

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/1434H yang bersidang pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-UlaH telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu ini dengan sighah seperti berikut :

“Mana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya. Mana-mana anak angkat sama ada sah taraf atau tidak, yang digabungkan namanya dengan nama ayah angkat hendaklah dibin atau bintikan kepada bapa kandungnya atau mana-mana nama Allah al-Husna yang tidak sama dengan nama ayah angkat berkenaan”.

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan