Pemberitahuan Kaedah Hitungan Tempoh Enam Bulan Dua Lahzah Mengikut Taqwim Hijri Untuk Penentuan Status Sah Nasab

Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 12 Januari 2002 telah memutuskan Fatwa Anak Luar Nikah (JMKNNS 209(01)914/1) :

Jika seorang bayi dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun daripada tarikh tersebut diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya.

Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau menbintikan mana-mana bayi di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu bayi atau lelaki yang meyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan memutuskan bahawa penetapan kaedah hitungan Tempoh Enam Bulan Dua Lahzah Mengikut Taqwim Hijri untuk penentuan status sah nasab adalah menggunakan hitungan 180 hari bagi tujuan lebih berhati-hati dalam menentukan nasab keturunan.

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan