Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat

Fatwa Negeri
Negeri Sembilan
Status Fatwa
Tidak Diwartakan
Jumlah Pembaca
295
Tarikh Isu

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2015-1436H yang bersidang pada 27 Mei 2015 bersamaan 09 Sya’ban 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-56 berkenaan Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat  dengan sighah seperti berikut :

Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram.

Hukum mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah harus.

Hukum memasukkah embrio ke dalam rahim isteri selepas berlaku kematian suami atau perceraian adalah haram.

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan