Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 2/2017-1438H yang bersidang pada 30 Mac 2017 bersamaan 2 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan dengan sighah seperti berikut :

  1. Di dalam Islam, Jumhur Ulama telah sepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur (belum baligh) juga adalah Islam dan hak penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.
  2. Muzakarah memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam dan hak penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.
  • Keputusan ini hendaklah diwartakan.

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan