Hukum Berkaitan Semakan Hafazan al- Quran Pelajar Perempuan Sedang Haidh

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah bersetuju memutuskan perkara berikut berdasarkan pembentangan dan pendalilan, mesyuarat bersetuju memutuskan perkara berikut :

Tidak harus bagi pelajar perempuan yang sedang berada dalam keadaan haidh untuk menghafal hafalan baru dan melalui proses tasmik bagi hafalan baru tersebut.

Walau bagaimanapun, pelajar tersebut diharuskan untuk melalui proses tasmik bagi hafalan lama iaitu merangkumi murajaah jadid, murajaah qadim dan murajaah majmuk.

Manakala bagi calon perempuan dalam keadaan haidh yang menghadiri temuduga kelayakan masuk ke institut tahfiz tidak diharuskan untuk membaca al-Quran. Mesyuarat mengesyorkan agar institut yang menguruskan temuduga berkenaan perlu memberi kelonggaran dan menyediakan alternatif bagi sesi temuduga seterusnya.

Latar belakang

Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) adalah salah satu daripada usaha yang diambil oleh INFAD USIM untuk mengumpul dan menyebarkan fatwa dalam negara dan dari beberapa bahagian dunia telah dikumpulkan.

Pautan