ISU TUNTUTAN PENGANUT KRISTIAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Jumlah Pembaca
6
Negara Asal
Malaysia
Tarikh Isu
Pengarang
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD WAHID - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor
NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 63 18hb Februari 2010 TAMBAHAN No. 4 No. 4 PERUNDANGAN Sel. P.U. 6. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47 MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 3/2008 bertarikh 10 Jun 2008 dan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu. ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003 FATWA UNDER SECTION 47 PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, vide Fatwa Committee Meeting for the State of Selangor No. 3/2008 dated 10 June 2008 and on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment. JADUAL/SCHEDULE ISU TUNTUTAN PENGANUT KRISTIAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH (1) Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. (2) Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bertarikh 27 Januari 2010 Dated 27 January 2010 [MAIS/PM/BUU/01-3/007/5-2; PU. Sel. Agm. 0007 Jld. 2] Dengan Titah Perintah/By Command DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD WAHID Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/ Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

Fatwa Terkini

Hiperangkai